Wan Azizah Santuni 395 Peserta Perkhemahan Alam 2026 PPIM
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Yang Dipertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama 395 peserta Perkhemahan Alam 2026 Peringkat Kebangsaan di Planetarium Negara di sini.
Wan Azizah, yang juga isteri Perdana Menteri tiba di lobi Planetarium Negara pada tengah hari dan meluangkan masa berinteraksi dengan peserta sebelum menandatangani buku pelawat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruziah Shafei, Setiausaha Kehormat PPIM Aizar Mohd Jaman, Pengarah Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor serta barisan kepimpinan PPIM kebangsaan dan negeri.
Sementara itu, Aizar berkata perkhemahan itu diadakan dua tahun sekali dan kali ini memberi penekanan kepada penggabungan elemen alam sekitar, al-Quran dan kemahiran hidup bagi membentuk jati diri pelajar.
Beliau berkata program itu turut memenuhi tuntutan kurikulum PPIM yang merangkumi lapan bidang termasuk kerohanian, kemahiran, alam sekitar, perkhemahan, pengurusan dan pentadbiran, kesihatan serta pembangunan diri.
Perkhemahan Alam 2026 Peringkat Kebangsaan PPIM itu berlangsung dari 18 hingga 20 Jun di Laman Puteri, Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras di sini, manakala majlis penutup diadakan di Planetarium Negara hari ini bersempena lawatan pendidikan peserta berkaitan sains dan astronomi.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Bersama Umum Calon PRN Johor Jumaat Ini
- Selat Hormuz Akan Ditutup Susulan Pelanggaran Oleh AS, Israel - Iran
- Setia Fontaines Industrial Park Pacu Pelaburan Teknologi Tinggi Di Pulau Pinang
- PM Anwar Seru Rakyat Pertahan Semangat Muafakat, Tolak Sentimen Perkauman
- Speedy Tigers Kelima Terbaik Piala Negara-negara FIH