Chatbot AI, Media Sosial Dan Pencipta Video Ubah Cara Penyebaran Berita - Laporan
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bot sembang atau chatbot kecerdasan buatan (AI), video pendek dan pencipta kandungan bebas, mengubah cara orang ramai menerima berita di seluruh dunia, menimbulkan cabaran baharu kepada organisasi media tradisional yang bergelut untuk mengekalkan khalayak, menurut Laporan Berita Digital Institut Reuters 2026.
Laporan terkini, berdasarkan hampir 100,000 temu bual dengan pembaca berita dalam talian meliputi 48 pasaran, mendapati khalayak semakin beralih kepada alatan dikuasakan AI, platform video dan kandungan dipacu personaliti untuk berita, mempercepat peralihan daripada penerbit berita tradisional.
Menurut laporan itu, penggunaan chatbot AI yang semakin meningkat sebagai antara perkembangan paling ketara dalam berita digital, dengan pengguna mula bergantung pada perbualan AI untuk meringkaskan, menerangkan dan memperibadikan kandungan berita dan bukannya secara langsung mengunjungi laman web berita.
“Penggunaan chatbot AI untuk berita berkembang dengan pantas tetapi tidak secepat AI yang digunakan untuk tujuan lain: 10 peratus orang menggunakan chatbot AI untuk berita, meningkat daripada tujuh peratus tahun lepas.
“Penggunaan kebanyakannya oleh mereka yang paling berminat dengan berita dan lebih tertumpu dalam kalangan khalayak yang lebih muda (16 peratus daripada kumpulan di bawah umur 35 tahun melaporkan menggunakan chatbot AI untuk berita),” menurut laporan 2026 yang dikeluarkan oleh Institut Reuters minggu ini.
Kajian juga mendapati peningkatan berterusan video berita, terutamanya dalam kalangan pengguna yang lebih muda, apabila platform media sosial semakin menjadi pintu masuk utama kepada penyebaran berita.
Selain itu, pengaruh yang semakin meningkat pencipta dan pempengaruh berita bebas, yang menarik khalayak dengan kandungan yang diterajui personaliti yang dilihat oleh ramai pengguna sebagai lebih berkaitan dan sahih daripada kewartawanan institusi.
“Kira-kira satu perempat (27 peratus) responden di seluruh dunia mendapat berita daripada pencipta atau pengaruh individu yang memfokuskan berita, dan hampir separuh (46 peratus) mendapat berita daripada mana-mana pencipta.
"Responden mengatakan pencipta lebih menghiburkan, lebih mudah difahami dan lebih berkaitan daripada saluran berita tradisional. Rata-rata, orang ramai berpendapat pencipta kurang boleh dipercayai dan kurang bersikap memihak berbanding ciri lain seperti keaslian dan keterkaitan," menurut laporan itu.
Laporan itu menyatakan sejak pandemik, pertumbuhan dalam penggunaan platform pihak ketiga telah tertumpu dalam kalangan platform yang diterajui video dan bukannya berasaskan teks.
Gelombang pertama pertumbuhan media sosial paling teruk melanda akhbar. Kini gelombang kedua menjejaskan kepentingan televisyen dan video organisasi berita.
Ia mengatakan walaupun Facebook kekal sebagai platform terbesar secara keseluruhan untuk penggunaan berita, TikTok dan Instagram telah dikenal pasti sebagai rangkaian diterajui video yang paling pesat berkembang dalam menggerakkan banyak perubahan, bersama-sama YouTube.
Laporan itu juga mendapati minat terhadap berita, berserta kepercayaan terhadap berita, semakin merosot.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Bersama Umum Calon PRN Johor Jumaat Ini
- Selat Hormuz Akan Ditutup Susulan Pelanggaran Oleh AS, Israel - Iran
- Setia Fontaines Industrial Park Pacu Pelaburan Teknologi Tinggi Di Pulau Pinang
- PM Anwar Seru Rakyat Pertahan Semangat Muafakat, Tolak Sentimen Perkauman
- Speedy Tigers Kelima Terbaik Piala Negara-negara FIH