Suami Nancy Shukri Meninggal Dunia
KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, petang tadi.
Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching esok.
“Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Datuk Seri Nancy di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya untuk memberikan peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.
“Masa penghormatan akhir akan dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan itu.
Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global
- PM Anwar, Isteri Ucap Takziah Kepada Nancy Atas Pemergian Suami
- Rusia Beri Jaminan Bekalan Petrol, Minyak Dan Gas Jangka Panjang Kepada Malaysia -- PM Anwar
- Indonesia Jangka Harga FFB Minyak Sawit Pulih Dalam Seminggu
- Malaysia Perlu Rangka Undang-undang, Regulasi Kukuh Sebelum Teroka Kuasa Nuklear – Persatuan Nuklear Sedunia