Raja Permaisuri Agong Berkenan Ziarah Balu Allahyarham Bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat menziarahi Datin Robiah Rafeah Abdul Kadir, isteri kepada bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor Brigadier Jeneral (B) Datuk Ali Musa yang meninggal dunia semalam.
Menurut hantaran dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Permaisuri Agong meluangkan masa selama sejam bersama Robiah.
Raja Zarith Sofiah turut mendoakan agar Robiah serta keluarga tabah menghadapi ujian itu.
Ali, 83, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya kira-kira 10 pagi semalam, dengan ditemani isteri serta tiga anak mereka.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudhah, Mount Austin, Johor Bahru.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor dan dikenang atas jasa serta sumbangannya kepada institusi diraja negeri Johor.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Jadual Padat Menanti PM Anwar Pada Lawatan Ke Kota Marmar Putih
- ASEAN, Rusia Terima Pakai Deklarasi Kazan Bagi Perkukuh Perkongsian Strategik
- Solat Jumaat Di Outreach Oasis Bukit Bintang Mulai Esok
- PM Anwar Tiba Di Turkmenistan Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
- Usaha Reformasi Kerajaan Berjaya Lonjak Kedudukan Negara Dalam WCR 2026 - Ksn