PRN: Onn Hafiz Umum BN Johor Tanding Semua 56 Kerusi DUN
JOHOR BAHRU, 16 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor mengenai hala tuju parti menjelang pilihan raya tersebut.
“Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang,” katanya.
Beliau berkata pendirian itu tawaran jelas bahawa BN bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat Johor.
Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH-12), Perikatan Nasional (3) dan MUDA (1).
Konvensyen PH yang turut berlangsung di sini esok dilihat menjadi pentas penting dalam menentukan hala tuju gabungan itu termasuk persediaan menghadapi kemungkinan PRN Johor dan Melaka tahun ini.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- SAR Jaslinda Antara Paling Mencabar, Buka Mata Pengorbanan "Wira Merah"
- SAR Jaslnda Antara Paling Mencabar, Buka Mata Pengorbanan 'Wira Merah'
- Sindiket Penyeludupan Makin Berani Ceroboh, Potong Kawat Duri Sempadan Malaysia-Thailand
- Hfazan Al-Quran Jadi Asas Kejayaan Graduan MARA Di Universiti Amerika Syarikat
- Orang Asli Suku Temiar Hafaz 30 Juzuk Al-quran Di Anugerah Tokoh Khas Ma'al Hijrah