Am 18/10/2026 10:44 PM

Aaron-Wooi Yik Naib Juara Terbuka Denmark

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Aaron-Wooi Yik Naib Juara Terbuka Denmark
Pemain Beregu Lelaki Malaysia, Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik.

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan gelaran berganda buat Malaysia di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara itu kalah straight set, 8-21, 11-21 dalam tempoh 31 minit.

Ini merupkaan kekalahan ketiga buat pasangan negara kepada beregu Indonesia tersebut dalam lima pertemuan sebelum ini.

Terdahulu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menceriakan peminat badminton tanah air apabila muncul juara Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita.

-- BERNAMA