Am 17/10/2026 06:28 PM

Kejohanan Trek Dunia: Azizulhasni Tersingkir Pusingan 16 Terbaik Acara Pecut

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kejohanan Trek Dunia: Azizulhasni Tersingkir Pusingan 16 Terbaik Acara Pecut
Datuk Mohd Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang menamatkan cabaran pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 tanpa sebarang pingat selepas tersingkir pada pusingan 16 terbaik acara pecut individu lelaki di Shanghai, China hari ini.

Pada saingan itu, pelumba yang mendapat julukan ‘The Pocket Rocketman’ terpaksa akur kepada wakil Great Britain, Harry Ledingham-Horn dengan perbezaan masa tipis 0.021 saat (s).

Terdahulu, pelumba berusia 38 tahun itu mencatat 9.564s pada pusingan kelayakan untuk menduduki tempat kelapan keseluruhan, sebelum menewaskan wakil Colombia Cristian David Ortega Fontalvo pada pusingan pertama.

Kelmarin, Azizulhasni turut tersingkir pada peringkat suku akhir acara keirin.

Bagaimanapun, cabaran Malaysia pada kejohanan itu masih diteruskan menerusi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alysaa Mohd Farid yang dijadual turun beraksi dalam acara keirin wanita esok.

-- BERNAMA