Am 16/10/2026 03:16 PM

MTL: YSIJ Sumbang 250 Kotak Barangan Keperluan Asas Kepada Penduduk Kepulauan Mersing

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
MTL: YSIJ Sumbang 250 Kotak Barangan Keperluan Asas Kepada Penduduk Kepulauan Mersing
Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 16 Okt (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 250 kotak barangan keperluan asas bagi membantu isi rumah di kawasan pulau di Mersing yang terjejas akibat musim Monsun Timur Laut (MTL).

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, inisiatif itu dilaksanakan menerusi Program Sumbangan Keperluan Asas Keluarga di Kepulauan Johor yang berlangsung di pekarangan parkir Pejabat Daerah Mersing, semalam.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Pengurus Kanan YSIJ Shah Reza Md Kanafe kepada Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah dan turut dihadiri Pengurus Yayasan Johor Corporation (JCorp) Shahrazali Sahlan.

Program anjuran bersama Yayasan Johor Corporation (JCorp) JCorp itu disampaikan secara simbolik kepada ketua-ketua kampung kawasan kepulauan untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan.

-- BERNAMA