SEOUL, 13 Okt (Bernama-Yonhap) -- Korea Selatan merancang untuk menyediakan bantuan kemanusiaan bernilai US$300,000 kepada Panama susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara Amerika Tengah itu minggu lepas, menurut Kementerian Luarnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.
Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Panama pada Jumaat, mengakibatkan kerosakan pada 29 kemudahan kesihatan, 419 prasarana pendidikan dan lebih 800 kediaman, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kementerian itu memaklumkan bahawa bantuan berkenaan akan disalurkan menerusi organisasi antarabangsa, sambil menyuarakan harapan agar ia dapat membantu usaha pemulihan kawasan yang terjejas.
-- BERNAMA-YONHAP