Am 09/10/2026 08:21 PM

Zii Jia Kejutkan Popov, Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Artik

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Zii Jia Kejutkan Popov, Mara Ke Separuh Akhir Terbuka  Artik
Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua dari Perancis, Christo Popov, untuk mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2026 di  Vantaa, Finland, hari ini.

Zii Jia, yang menghuni ranking ke-56 dunia, menundukkan Popov 21-11, 21-16 dalam tempoh 38 minit pada aksi suku akhir kejohanan berstatus Super 500 itu yang berlangsung di Energia Areena.

Kemenangan itu turut menyaksikan pemain negara berkenaan mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Popov kepada tiga pertemuan sejak kali pertama mereka berentap pada Terbuka Jerman 2022.

Pada separuh akhir esok, Zii Jia akan bertemu pemenang antara Anders Antonsen dari Denmark atau wakil China, Hu Zhe An , bagi perebutan tiket final untuk tahun ini.

Kejohanan itu menawarkan jumlah hadiah wang tunai USD500,000 (RM2.04 juta).

-- BERNAMA