Am 09/10/2026 02:43 PM

Kedai Coway BEREX Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Ombak KLCC Mall

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kedai Coway BEREX Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Ombak KLCC Mall
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Luis Jeong (kiri) dan Brian Kim - Kredit: Coway Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat Best Life Solution, Coway Malaysia, mencatat satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan Kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara di Ombal KLCC Mall semalam, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian menerusi reka bentuk, kesejahteraan dan inovasi.

Menurut kenyataan Coway Malaysia, dengan berkonsepkan Unlock Better Living, kedai baharu itu memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka bukan sahaja rangkaian produk ditawarkan malah pelbagai penyelesaian kesejahteraan yang direka bagi meningkatkan kualiti kehidupan di kediaman.

“Lebih daripada pengalaman beli-belah, kedai ini direka sebagai ruang imersif agar pengunjung boleh melihat, menyentuh dan merasai sendiri inovasi premium Coway dalam susunan ruang berkonsepkan kediaman,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Bahagian Pemasaran Coway Malaysia Janice Tan berkata kehidupan yang lebih baik tidak hanya ditentukan oleh estetika semata-mata, tetapi membabitkan pembentukan ruang kediaman yang mengutamakan rehat, pemulihan diri dan kesejahteraan berterusan.

“Menerusi kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara, kami mahu pengguna merasai sendiri bagaimana teknologi kesejahteraan termaju dan reka bentuk elegan dapat bergabung secara semula jadi dalam ruang kediaman mereka.

“Dengan menjadikan penyelesaian ini lebih nyata dan peribadi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menerapkan elemen kesejahteraan sebagai sebahagian penting daripada kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti,” katanya.

Ruang konsep kedai berkenaan menghimpunkan rangkaian produk BEREX sedia ada bersama barisan inovasi premium daripada portfolio Coway yang lebih luas.

"Awalnya diperkenalkan sebagai jenama penyelesaian tidur dan kesejahteraan Coway, kini BEREX melangkah ke era baharu sebagai pengalaman beli-belah premium yang mengimbangi keunggulan teknologi serta estetika reka bentuk moden yang melengkapi hiasan kediaman,” menurut kenyataan itu.

Sebagai destinasi beli-belah Coway paling imersif dan diperibadikan, Kedai Coway BEREX menghimpunkan koleksi BEREX bersama portfolio penyelesaian gaya hidup Coway menyeluruh merangkumi kategori tidur, udara, air dan keselesaan rumah.

Melangkau konsep jualan tradisional, kedai berkenaan membolehkan pengunjung meneroka, merasai dan menemui bagaimana kesejahteraan, keselesaan dan inovasi dapat digabungkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian.

Pembukaan di Ombak KLCC mengangkat jenama BEREX daripada sebuah koleksi produk kepada pengalaman eksklusif yang mencerminkan identiti jenama Coway, yang pada masa sama memperkukuh komitmen syarikat untuk mewujudkan kediaman lebih sihat dan selesa menerusi inovasi reka bentuk yang teliti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coway dan inovasi, layari coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook, Instagaram dan TikTok.

-- BERNAMA