CANBERRA, 8 Okt (Bernama-Xinhua) -- Kerajaan Australia mengumumkan pada Khamis, pembinaan telah dimulakan bagi projek nadir bumi utama di Wilayah Utara, disokong oleh AUD$1.2 bilion (kira-kira AS$850 juta) dalam pelaburan persekutuan, lapor Xinhua.
Projek Arafura Rare Earths Nolans, yang terletak kira-kira 135 kilometer di utara Alice Springs, dijangka membekalkan empat hingga lima peratus permintaan nadir bumi global, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga menteri Australia.
Kerajaan Australia berkata projek itu akan membantu mengukuhkan ekonomi dan keselamatan negara dengan membekalkan bahan kritikal yang digunakan dalam teknologi tenaga bersih dan industri pertahanan.
-- BERNAMA-XINHUA