Am 04/10/2026 06:08 PM

Yeo’s Lancar Teriyaki Tuna Buat Pertama Kali Di Malaysia

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Yeo’s Lancar Teriyaki Tuna Buat Pertama Kali Di Malaysia
Kredit: Yeo’s

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Yeo’s melancarkan Yeo’s Teriyaki Tuna buat pertama kali di Malaysia menerusi kempen Yeo’s Itadakimasu - Tuna with a Twist yang diadakan di The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang, semalam.

Pengurus Besar Yeo’s Malaysia Tan Mei Yen berkata pelancaran produk itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus meneroka inspirasi perisa baharu seiring dengan perubahan cita rasa dan gaya hidup pengguna.

“Yeo’s sentiasa didorong inovasi seiring dengan perubahan cita rasa serta gaya hidup pengguna. Daripada menjadi antara yang terawal di Malaysia memperkenalkan kari ayam dalam tin, hinggalah menawarkan cita rasa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, kami terus meneroka inspirasi perisa baharu untuk menawarkan pilihan yang lebih segar dan relevan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Yeo’s Teriyaki Tuna menampilkan isi tuna yang lembut dipadankan dengan sos teriyaki savoury-sweet, manakala Yeo’s turut memperkenalkan variasi baharu Yeo’s Chilli Spicy Tuna.

Tan berkata pengenalan produk tuna itu turut mengambil kira penerimaan dalam kalangan pengguna di Malaysia, selain menawarkan pilihan makanan yang mudah disediakan.

Menurut kenyataan Yeo’s, tuna merupakan ikan laut keempat yang paling kerap dimakan dalam kalangan responden yang dikaji di Semenanjung Malaysia, menerusi kajian Pemakanan dan Nutrisi.

Berdasarkan laporan Jabatan Perikanan Malaysia, sebanyak 431,000 kilogram tuna bernilai RM7.76 juta dibawa masuk ke Pulau Pinang pada 2024, meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2023.

“Kami sedar bahawa rakyat Malaysia menggemari makanan yang mudah, versatil dan menyelerakan. Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, pengguna boleh menikmati kelazatan rasa teriyaki savoury dalam hidangan harian mereka, sama ada dinikmati begitu sahaja, dipadankan bersama nasi atau mi, mahupun digunakan untuk menghasilkan resipi tersendiri.

“Selain menawarkan perisa baharu, Yeo’s Teriyaki Tuna juga mempunyai kandungan protein yang tinggi serta merupakan sumber Omega-3, sekali gus menawarkan pilihan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi kepada pengguna,” katanya.

Kempen yang berlangsung selama tiga hari dari 2 hingga 4 Okt itu, turut menampilkan pelbagai aktiviti bertemakan budaya Jepun termasuk hidangan istimewa Yeo’s Teriyaki Tuna, stesen pengumpulan setem, reruai foto bertemakan Jepun, permainan Gashapon dan pertandingan Cosplay.

Dalam pada itu, Yeo’s turut menganjurkan peraduan Yeo’s To Japan Contest - Win Tickets to Japan dari 1 Okt hingga 30 Nov, dengan 12 pemenang bertuah akan dipilih.

-- BERNAMA