Am 03/10/2026 08:26 PM

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Jamuan Teh Sekolah Rendah Datin Khadijah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Jamuan Teh Sekolah Rendah Datin Khadijah
fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Kelas 6A 1971 Sekolah Rendah Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor (YWJ), Johor Bahru.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Adibah Mat Kasa dan Mastura Daud, iaitu rakan sekelas sebelum diteruskan dengan jamuan teh bersama-sama tetamu jemputan.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional Johor oleh artis budaya YWJ yang menyemarakkan lagi suasana pertemuan itu.

Suasana majlis berlangsung dengan penuh mesra dan nostalgia, merapatkan kembali hubungan silaturahim antara rakan-rakan sekelas.

Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Datin Khadijah hingga tamat darjah enam.

-- BERNAMA