Dunia 29/09/2026 06:19 PM

Warga Emas Jepun Catat Rekod 29.4 Peratus - Banci 2025

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Warga Emas Jepun Catat Rekod 29.4 Peratus - Banci 2025

TOKYO, 29 Sept (Bernama-Kyodo) -- Penduduk berusia 65 tahun ke atas kini mencatat rekod tertinggi 29.4 peratus daripada keseluruhan penduduk Jepun, menurut keputusan bancian 2025 yang dikeluarkan pada Selasa, lapor Kyodo News.

Angka itu meningkat 0.9 mata peratusan berbanding banci pada 2020, sekali gus menunjukkan proses penuaan penduduk di negara itu terus berlaku dengan pesat.

Menurut banci terbaharu itu, jumlah penduduk Jepun termasuk warga asing menurun 3.17 juta orang atau 2.5 peratus berbanding 2020 kepada 122,972,528 orang pada tahun lalu.

Banci penduduk Jepun dijalankan setiap lima tahun sejak 1920.

Data itu turut menunjukkan jumlah penduduk negara berkenaan menurun bagi kali ketiga berturut-turut dalam banci lima tahunan.

Setakat 1 Okt, sebanyak 30.1 peratus daripada keseluruhan penduduk Jepun tertumpu di kawasan metropolitan Tokyo, sekali gus melepasi paras 30 peratus buat kali pertama.

-- BERNAMA-KYODO