KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah pada Selasa.
Pada 9.42 pagi, kontrak September 2026 susut 3.0 mata kepada 1,668, Oktober 2026 turun 3.5 mata kepada 1,668.0 dan Disember 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,674.5.
Sementara itu, kontrak Mac 2027 pula meningkat sedikit 0.5 mata kepada 1,659.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,223 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,316 kontrak.
Pada 9.46 pagi, FBM KLCI susut 6.57 mata kepada 1,691.44 daripada 1,698.01 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA