Dunia 02/09/2026 10:33 PM

Gempa Bumi Magnitud 5.5 Landa Timur Laut Milford Sound, New Zealand

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi Magnitud 5.5 Landa Timur Laut Milford Sound, New Zealand

WELLINGTON, 2 Sept (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda kawasan 40 kilometer di timur laut Milford Sound di Pulau Selatan, New Zealand pada Rabu, menurut agensi pemantauan gempa bumi negara itu.

Menurut GeoNet, gempa pada kedalaman lima kilometer itu berlaku pada 6.13 petang waktu tempatan dan diklasifikasikan sebagai sederhana, manakala hampir 7,000 orang melaporkan merasai gegaran berkenaan.

Gegaran itu disusuli gempa bumi berukuran 5.6 magnitud pada 6.57 petang, yang turut direkodkan pada kedalaman lima kilometer, menurut agensi itu. Kedua-dua gempa berkenaan diklasifikasikan GeoNet sebagai sederhana intensitinya.

Ia kemudian disusuli gempa lebih lemah berukuran 4.8 magnitud pada 7.12 malam dan 4.6 magnitud pada 7.39 malam, yang kedua-duanya diklasifikasikan sebagai ringan.

Kawasan itu mengalami beberapa gegaran ringan sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan yang paling kuat berukuran sehingga 4.8 magnitud pada 26 Ogos, menurut GeoNet.

-- BERNAMA-XINHUA