Dunia 30/08/2026 11:53 PM

781 Maut, 2,502 Masih Hilang Dalam Bencana Gelongsoran Lumpur Di Nepal- Pihak Berkuasa

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
781 Maut, 2,502 Masih Hilang Dalam Bencana Gelongsoran Lumpur Di Nepal- Pihak Berkuasa
AP Photo/Dar Yasin

KATHMANDU, 30 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal berkata sehingga 6 petang waktu tempatan pada Ahad, sebanyak 781 mayat  ditemukan  di kawasan yang terjejas akibat  gelongsoran lumpur manakala 2,502 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Sementara itu, Lembaga Pelancongan Nepal berkata seramai 591 warga asing masih belum dapat dihubungi sehingga waktu yang sama.

Dalam satu kenyataan, lembaga itu menjelaskan bahawa 289 warga asing diselamatkan dan lima lagi kini berjaya dihubungi, termasuk tiga warga Sepanyol, seorang warga Amerika Syarikat dan seorang rakyat  Belgium.

-- BERNAMA-XINHUA