Am 22/08/2026 10:46 AM

Gempa Bumi 5.2 Magnitud Landa Rantau Flores

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi 5.2 Magnitud Landa Rantau Flores
Kredit: MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di Rantau Flores, Indonesia pada 9.31 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 8.2 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur, kira-kira 210 kilometer timur Bima, Indonesia. 

Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 45 kilometer. 

Menurut MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian gempa itu.

-- BERNAMA