Am 18/08/2026 10:13 AM

MPC Terajui Inisiatif Star Medik, Memperkukuh Daya Saing Industri Selari NIMP 2030

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Star Medik Sdn. Bhd. memperkukuh agenda transformasi produktiviti bagi meningkatkan kecekapan operasi, kapasiti pengeluaran dan daya saing syarikat selaras dengan aspirasi New Industrial Master Plan (NIMP) 2030, menerusi Program Transformasi Produktiviti dengan bimbingan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 

Transformasi ini menyasarkan lonjakan keupayaan operasi Star Medik ke tahap yang lebih tinggi, dengan fokus kepada pengoptimuman proses, pengurangan pembaziran, peningkatan kualiti serta penggunaan sumber secara lebih cekap bagi menyokong pertumbuhan kapasiti pengeluaran.