Dunia 17/08/2026 10:23 AM

Trump Alu-alukan Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Trump Alu-alukan Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah
Presiden A.S. Donald Trump memberi isyarat semasa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing menaiki Air Force One, di Beijing, China, 15 Mei 2026. REUTERS/Evan Vucci

ISTANBUL, 17 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah oleh Türkiye, Pakistan dan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sangat gembira melihat Arab Saudi, Türkiye dan Pakistan baru-baru ini, dan akhirnya menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah,” kata beliau menerusi platform Truth Social pada Ahad.

Trump berkata perjanjian itu menunjukkan bagaimana negara-negara di Asia Barat semakin bersatu dan akhirnya mampu mempertahankan diri dengan lebih berkesan.

“Tahniah kepada kepimpinan hebat ketiga-tiga negara berkenaan. Ini merupakan langkah pertama yang besar, berani dan penting — wau!” kata Trump. 

-- BERNAMA-ANADOLU