KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
Pada 9.28 pagi, kontrak Ogos 2026 berkurangan tiga mata kepada 1,729, September 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,707.5, Disember 2026 merosot tujuh mata kepada 1,705.5 dan Mac 2027 menyusut 4.5 mata kepada 1,691.
Jumlah dagangan sebanyak 1,669 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,172 kontrak.
Pada 9.49 pagi, FBM KLCI menurun 3.83 mata kepada 1,730.88 daripada 1,734.71 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA