Am 10/08/2026 12:01 AM

Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera, Indonesia

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera, Indonesia
fb Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 11.15 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat enam darjah selatan dan 102.4 darjah timur dengan kedalaman 78 kilometer (km).

Menurut kenyataan itu, lokasi berkenaan terletak pada jarak 239 km barat daya dari Pagar Alam, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA