Am 05/08/2026 07:05 PM

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Keyakinan Konflik Asia Barat Makin Mereda

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Keyakinan Konflik Asia Barat Makin Mereda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh sentimen yang semakin bertambah baik susulan keyakinan konflik Asia Barat semakin mereda, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.51 mata kepada 1,748.17, daripada paras penutup 1,732.66 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 3.70 mata kepada 1,736.36 dan bergerak turun naik antara paras 1,732.68 dan 1,750.41 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 690 berbanding 487, manakala 587 kaunter tidak berubah, 968 tidak diniagakan dan 12 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.89 bilion unit bernilai RM3.80 bilion daripada 2.80 bilion unit bernilai RM2.81 bilion pada Selasa.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen bertukar menjadi lebih positif, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin mengendur, harga minyak mentah lebih rendah dan peningkatan minat risiko global.

Beliau berkata pembelian dalam pelbagai saham wajaran tinggi dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan dijangka terus menyokong pasaran tempatan.

"Walaupun aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku sekali-sekala susulan kenaikan baru-baru ini, sentimen pasaran masih teguh.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,740–1,760 bagi tempoh berbaki minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.82, Tenaga Nasional meningkat 16 sen kepada RM14.66, manakala Public Bank susut satu sen kepada RM5.27, CIMB Group turun dua sen kepada RM8.01 dan IHH Healthcare berkurangan 11 sen kepada RM8.32.

Dalam kalangan saham aktif, Zetrix AI susut 4.5 sen kepada 69 sen, EG Industries berkurangan 10 sen kepada RM1.70, manakala Inari Amertron melonjak 20 sen kepada RM2.41, Genetec Technology meningkat 5.5 sen kepada 38 sen dan NationGate Holdings turun tujuh sen kepada RM1.36.

Dalam kalangan kaunter untung utama Nestle melonjak 70 sen kepada RM102.50, Pentamaster Corporation menambah 41 sen kepada RM5.70, United Plantations naik 36 sen kepada RM34.40, Vitrox Corporation menokok 35 sen kepada RM9.10, dan YTL Power International meningkat 29 sen kepada RM4.40.

Dalam kalangan saham rugi, Fraser & Neave susut 90 sen kepada RM26.92, Hong Leong Financial turun 18 sen kepada RM18.48, Petronas Dagangan berkurangan 16 sen kepada RM19.54, manakala QL Resources dan Petronas Chemicals menyusut 13 sen masing-masing  kepada RM4.0 dan RM4.52.

Dalam kalangan indeks utama, Indeks FBM Mid 70 meningkat 66.46 mata kepada 18,277.96, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 110.12 mata kepada 12,732.63, dan Indeks FBM ACE menokok 21.82 mata kepada 5,039.26.

Indeks FBM Emas meningkat 93.19 mata kepada 12,902.51 manakala Indeks FBM Top 100 menokok 96.23 mata kepada 12,736.94.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik sedikit sebanyak 1.56 mata kepada 190.24, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.98 mata kepada 20,569.17, Indeks Perladangan melonjak 133.39 mata kepada 9,510.70 dan Indeks Tenaga menambah 0.30 mata kepada 764.23.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.92 bilion unit bernilai RM3.40 bilion daripada 1.46 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.29 bilion unit bernilai RM1.74 bilion daripada 859.77 juta unit bernilai RM112.63 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 658.35 juta unit bernilai RM224.84 juta daripada 469.03 juta unit bernilai RM168.07 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 164.55 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (415.62 juta), pembinaan (93.97 juta), teknologi (607.92 juta), perkhidmatan kewangan (88.77 juta), hartanah (169.86 juta), perladangan (48.86 juta), amanah pelaburan hartanah (19.54 juta), dana tertutup (43,000), tenaga (87.27 juta), penjagaan kesihatan (92.29 juta), telekomunikasi dan media (42.03 juta), pengangkutan dan logistik (48.11 juta), utiliti (46.85 juta), dan amanah perniagaan (405,700).

-- BERNAMA