KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet judo negara Amir Daniel Abdul Majeed yang menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara berkenaan di temasya Sukan Komanwel.
“Saudara membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat juang mampu mencipta sejarah. Kita semua bangga,” kata beliau menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Amir Daniel muncul juara kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Atlet Daniel, yang menduduki ranking ke-117 dunia, menewaskan atlet di tangga ke-41 iaitu Timothy Meuwsen dari Afrika Selatan pada aksi final sekali gus menghadiahkan pingat emas kelapan buat kontinjen negara di Glasgow.
-- BERNAMA