Politik 01/08/2026 09:37 PM

Aminuddin Tewas Di DUN Linggi 

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Aminuddin Tewas Di DUN Linggi 
Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16 dalam saingan tiga penjuru.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan itu tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mohd Faizal Ramli yang mempertahankan kerusi berkenaan.

Turut mengalami kekalahan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Zamri Md Said yang bertanding buat kali ketiga di DUN itu.

-- BERNAMA