Am 31/07/2026 07:35 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran COMEX AS Yang Lemah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran COMEX AS Yang Lemah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini seiring dengan prestasi pasaran yang lebih lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta bagi Julai 2026 susut kepada US$4,052.20 setiap auns troy daripada US$4,065.60 setiap auns troy pada Khamis, Ogos 2026 merosot kepada US$4,067.90 setiap auns troy daripada US$4,084.30 setiap auns troy semalam.

September 2026 pula turun kepada US$4,080.00 setiap auns troy daripada US$4,096.40 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing ditutup lebih rendah pada US$4,110.50 setiap auns troy daripada US$4,126.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 291 lot daripada 234 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 359 kontrak daripada 304 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada harga US$4,111.05 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Julai, 2026.

-- BERNAMA