Dunia 30/07/2026 03:43 PM

CMG Anjur Pertandingan Robot Daki Gunung Taishan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
CMG Anjur Pertandingan Robot Daki Gunung Taishan
Kredit: Kumpulan Media China (CMG)

BEIJING, 30 Julai (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) melancarkan Pertandingan Mendaki Gunung Taishan Robot Dunia edisi pertama pada Selasa, dengan laluan mendaki sejauh kira-kira 4.5 kilometer dijadikan medan ujian keupayaan robot.

Laluan klasik yang dipilih sebagai trek pertandingan itu merangkumi lebih 3,000 anak tangga batu dan lazimnya mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk diselesaikan oleh pendaki biasa.

Gunung Taishan, yang terletak di lembangan Sungai Kuning, merupakan antara kawasan penting yang dikaitkan dengan perkembangan awal tamadun China.

Dengan persekitaran yang kompleks, gunung itu menjadi 'medan ujian ekstrem semula jadi' untuk tekonologi kecerdasan terkandung, terutamanya bagi menguji keupayaan robot dalam mengesan dan membuat keputusan, menjalankan tugasan serta menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Di samping itu, acara pameran dan pelbagai program pertukaran turut dianjurkan bagi menggalakkan penyelidikan, pembangunan serta pengeluaran robot.

-- BERNAMA-CMG