Politik 11/07/2026 02:14 PM

PRN Johor: Lebih 40 Peratus Keluar Undi Setakat 1 Tengah Hari

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Johor: Lebih 40 Peratus Keluar Undi Setakat 1 Tengah Hari
Pengundi beratur menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Melati sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) -- Sebanyak 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 1 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan DUN Sedili, masing-masing mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 50.5 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat pada kadar 48.6 peratus.

Bagaimanapun, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 32.2 peratus, DUN Bentayan pada kadar 32.6 peratus manakala DUN Simpang Jeram mencatatkan 35.2 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 34.51 peratus atau 888,605 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.

-- BERNAMA