Pemimpin Tentera Malaysia Lawat Kawasan Sempadan Kemboja
Daripada Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 8 Julai (Bernama) -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman melawat kawasan sempadan Kemboja di wilayah Banteay Meanchey untuk menilai secara langsung keadaan di lapangan.
Pada Rabu, Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) yang ditempatkan di kawasan berkenaan memberi taklimat kepada beliau berhubung keselamatan semasa di wilayah barat laut negara itu, lapor portal dalam talian Fresh News.
“Lawatan beliau ke kawasan sempadan Kemboja-Thailand di Banteay Meanchey mencerminkan keprihatinan Malaysia terhadap keselamatan dan kestabilan serantau, khususnya isu-isu yang melibatkan sempadan antara negara anggota ASEAN,” lapor portal berita itu.
Malek Razak melawat Kemboja atas jemputan Panglima Angkatan Tentera Diraja Kemboja Jeneral Vong Pisen, dari 8 hingga 11 Julai.
AOT ditubuhkan tahun lepas untuk memantau perjanjian gencatan senjata Kemboja-Thailand berikutan konfrontasi tentera yang tercetus pada 24 Julai 2025, akibat pertikaian sempadan.
AOT kini diketuai oleh Filipina yang juga pengerusi ASEAN.
-- BERNAMA
Berita terkini
- PRN Johor: Lebih 120 Bekas Ahli Bersatu Beralih Sokong PH
- SSDU, EER Digital Teroka Projek Rintis Pusat Data Mampan Di Selangor
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Harga Minyak Mentah Mengukuh
- Grid Dikuasakan AI Akan Pacu Peralihan Tenaga Malaysia - Pakar Industri
- Festival Kesenian Rakyat Kelantan Perkukuh Perpaduan, Semarak Seni Budaya