08/07/2026 06:55 PM
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
Kontrak Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 5.0 mata kepada 1,680.0 dan 1,662.0.
Kontrak Ogos 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,681.50, manakala September 2026 turun 4.5 mata kepada 1,660.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5,574 lot daripada 4,503 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 36,179 kontrak daripada 33,657 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.68 mata kepada 1,683.61 daripada paras 1,682.93 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: Lebih 120 Bekas Ahli Bersatu Beralih Sokong PH
- SSDU, EER Digital Teroka Projek Rintis Pusat Data Mampan Di Selangor
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Harga Minyak Mentah Mengukuh
- Grid Dikuasakan AI Akan Pacu Peralihan Tenaga Malaysia - Pakar Industri
- Festival Kesenian Rakyat Kelantan Perkukuh Perpaduan, Semarak Seni Budaya