REHDA Malaysia Lantik Zaini Yusoff Presiden Baharu Penggal 2026-2028
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia melantik Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden baharu bagi penggal 2026-2028, menggantikan Datuk Ir Ho Hon Sang susulan mesyuarat perwakilan tahunan persatuan itu pada 27 Jun 2026.
REHDA memaklumkan Ho yang menerajui persatuan itu sejak Jun 2024 aktif melibatkan pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta bagi menangani isu yang memberi kesan kepada industri hartanah sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Susulan pelantikannya, Zaini yang daripada S P Setia Bhd berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk untuk meneruskan asas kukuh yang telah dibina oleh Ho serta kepimpinan terdahulu.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Ho atas dedikasi dan ketekunan beliau sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan beliau dalam kapasiti baharu sebagai presiden terdahulu, bersama ahli exco dan majlis kebangsaan persatuan ini. Dengan sokongan semua pihak, saya komited melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip responsif, dihormati, bertanggungjawab dan relevan,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengerusi REHDA Selangor Datuk Edward Chong Sin Kiat daripada IJM Corporation Bhd akan menggantikan Zaini sebagai timbalan presiden baharu persatuan itu.
Selain pelantikan Chong sebagai timbalan presiden, barisan kepimpinan baharu turut terdiri daripada Datuk Charlie Chia Lui Meng dan Datuk Ir Tiah Oon Ling sebagai naib presiden.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sembilan Negeri Hingga 1 Pagi
- MIDA Meterai Lima MoU Pelaburan Asing Dari Empat Negara Sepanjang 2023-2025 - MITI
- Kedutaan Venezuela Mohon Sokongan Dana Pemulihan Gempa Bumi
- MITI, MIDA Lulus 5,899 Projek Perkilangan Sepanjang 2020-2025, Sedia Lebih 502,000 Pekerjaan
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Minyak Soya