Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sembilan Negeri Hingga 1 Pagi
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak (Batang Padang dan Mualim), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor).
Keadaan sama turut diramalkan di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jempol dan Tampin manakala di Melaka cuaca itu dijangka melanda Melaka Tengah dan Jasin.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian) dan Sarawak melibatkan Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Bagi Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara
- Penerbit Bernama Radio Dinobat Pemenang Anugerah Liputan Media RKB
- Kerajaan Laksana 23 Inisiatif, Kurangkan Kebergantungan Import Ramuan Halal Kritikal
- Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI
- 16 Warden Bekas ATM Bertugas Di Lapan MRSM Mulai 1 Julai