Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran COMEX
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini, seiring dengan kelemahan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan permintaan yang masih sederhana.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Jun 2026 susut kepada US$4,049.80 seauns troy berbanding US$4,050.90 ketika ditutup pada Jumaat lepas, manakala kontrak Julai 2026 turun kepada US$4,064.20 daripada US$4,065.30.
Kontrak Ogos 2026 pula merosot kepada US$4,087.00 seauns troy daripada US$4,088.10, manakala kontrak September 2026 susut kepada US$4,091.50 daripada US$4,092.60.
Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing turun kepada US$4,110.60 berbanding US$4,111.70 sebelum ini.
Jumlah dagangan merosot kepada satu lot berbanding 16 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 66 kontrak daripada 83 kontrak.
Sementara itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,072.05 seauns troy berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 26 Jun, 2026.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Ribut Petir, Hujan Lebat Di Sembilan Negeri Hingga 1 Pagi
- MIDA Meterai Lima MoU Pelaburan Asing Dari Empat Negara Sepanjang 2023-2025 - MITI
- Kedutaan Venezuela Mohon Sokongan Dana Pemulihan Gempa Bumi
- MITI, MIDA Lulus 5,899 Projek Perkilangan Sepanjang 2020-2025, Sedia Lebih 502,000 Pekerjaan
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Minyak Soya