24/06/2026 09:49 AM

Panggung Seni Tradisional 2026 Tampilkan Keindahan Tarian Klasik India Menerusi “Ramayanam: The Eternal Victory Of Dharma”

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) menganjurkan persembahan Tarian Klasik India, “Ramayanam: The Eternal Victory of Dharma” sempena program Panggung Seni Tradisional 2026 (PST2026) pada 26 dan 27 Jun 2026 di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur.

Persembahan “Ramayanam: The Eternal Victory of Dharma” merupakan sebuah drama tari Bharatanatyam yang mengetengahkan keagungan epik Ramayana menerusi gabungan gerak tari, muzik klasik India dan ekspresi dramatik. Karya ini bukan sahaja mempersembahkan keindahan seni klasik India, malah mengangkat nilai-nilai sejagat seperti kebenaran, kesetiaan, keberanian dan kemenangan.

Kata kunci