11 Kapal Menuju India Lintasi Selat Hormuz Selepas Perjanjian Iran-AS
Daripada Shakir Husain
HYDERABAD, 23 Jun (Bernama) -- Sebanyak 11 kapal yang membawa bahan api dan baja kini dalam perjalanan ke India selepas menyeberangi Selat Hormuz susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan permusuhan mereka.
Perjanjian interim yang diantarai Pakistan, yang ditandatangani pada 17 Jun, membuka Selat Hormuz kepada lalu lintas apabila pihak yang bertelagah bersetuju dengan beberapa inisiatif keamanan.
Tiga daripada kapal ke India yang telah melintasi Selat Hormuz ialah kapal tangki minyak berbendera India yang setiap satu membawa 285,000 tan minyak mentah, kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India Randhir Jaiswal pada taklimat media di New Delhi pada Selasa.
Kapal berbendera asing itu ialah tangki gas petroleum cecair (LPG), tangki minyak mentah dan enam kapal pengangkut pukal yang membawa baja, katanya.
“Banyak kapal berbendera India terkandas di rantau Teluk Parsi selepas AS dan Israel melancarkan perang ke atas Iran pada 28 Feb lepas.
“Sepuluh daripada kapal ini masih ada, manakala dua kapal India telah belayar ke wilayah itu, menunjukkan bahawa trafik "berulang-alik," kata Jaiswal.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Forum Perdagangan Dan Pelaburan BRI 2026 Buka Tirai Di Beijing
- Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Aktiviti Belian Saham Harga Rendah
- Import Air Zam-Zam, Pemandu e-Panggilan Didenda Lebih RM100,000
- Malaysia Harus Bangunkan Enjin Pertumbuhan Untuk Sektor LAE - Loke
- Kod CPC Mekanisme Sahkan Umur Yang Praktikal, Selamat Bagi Media Sosial - Fahmi