Polis Kesan Lelaki Berpakaian Ala Tentera Dalam Video Tular
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ibrahim Husin dalam kenyataan hari ini berkata kejadian dipercayai berlaku di sekitar Taman Bukit Desa, Kepong, Selangor.
Beliau berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Insp S Prakash di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126222 atau hadir di balai polis berhampiran.
Tular di media sosial video berdurasi kira-kira 15 saat memaparkan seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna hijau seperti tentera berjalan di kawasan perumahan sambil membawa raifal.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- LHDN Perkukuh Penggunaan Data E-Invois Untuk Praisi Maklumat Pelepasan Cukai
- HSSÂ sasar Pertumbuhan Di Asia Tenggara Didorong Permintaan Meningkat Untuk Produk Bakeri Halal
- Malaysia Bakal Laksana Mekanisme Larang Import Barangan Dihasilkan Oleh Buruh Paksa - Johari
- Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah
- PDRM Sedia Dapatkan Bantuan Interpol, ASEANPOL Banteras Judi Piala Dunia - KPN