Anwar Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish Muncul Juara GP Czech
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih podium utama di Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.
"Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan," kata beliau menerusi hantaran di platform X.
Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu, menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3.
Kali terakhir Malaysia memenangi saingan Moto3 menerusi Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.
Kejayaan itu merupakan penampilan kedua Hakim Danish di podium musim ini, selepas mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di tempat ketiga, bulan lepas.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Kerjasama Malaysia-Bangladesh DiperluasĀ Ke Bidang AI, Semikonduktor, Pertumbuhan Baharu - PM Anwar
- PM Anwar Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Presiden Timor-Leste
- Invest Selangor Corporate Run 2026, Dijadualkan Semula Pada 14 November 2026
- Aliran Masuk Bersih RM319.8 Juta Daripada Sektor Teknologi, Perindustrian, Kewangan - MBSB IB
- AirAsia X Beri Bayangan Lebih Banyak Potongan Harga Tambang Susulan Kos Bahan Api Rendah