22/06/2026 12:28 PM

Invest Selangor Corporate Run 2026, Dijadualkan Semula Pada 14 November 2026

SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- Invest Selangor Berhad melalui Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) ingin memaklumkan bahawa penganjuran program Invest Selangor Corporate Run 2026 yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026, 7.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor telah dijadualkan semula pada 14 November 2026 (Sabtu), 7.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Penjadualan semula ini dibuat bagi memastikan persiapan yang lebih menyeluruh serta kelancaran penganjuran program.

Acara ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor untuk upacara pelepasan (Flag-Off) dengan penyertaan seramai 500 orang peserta larian. Objektif utama program ini di anjurkan adalah bertujuan untuk menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai pihak yang mengambil bahagian dalam aktiviti kecergasan sambil memupuk semangat kesukanan dan kerjasama seterusnya meningkatkan tahap kesihatan di kalangan komuniti perindustrian di negeri Selangor. Diharapkan melalui acara larian ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak agensi kerajaan dan rakan industri melalui persaingan yang sihat di dalam acara larian ini.

Kata kunci