Tangki Minyak Korea Selatan Kesembilan Berjaya Lalui Laut Merah
SEOUL, 14 Jun (Bernama-Yonhap) -- Sebuah kapal Korea Selatan berjaya melintasi Laut Merah dan kini dalam perjalanan pulang, menjadi penghantaran minyak mentah kesembilan menggunakan laluan itu, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Kementerian Lautan dan Perikanan.
Menurut kementerian itu, kapal tangki minyak berkenaan memuatkan minyak mentah di Pelabuhan Yanbu Arab Saudi dan melalui Laut Merah ketika negara itu berusaha mengimport minyak menerusi laluan alternatif susulan gangguan berterusan penghantaran melalui Selat Hormuz.
Ia merupakan penghantaran yang kesembilan sejak April.
“Ketika kapal itu melalui Laut Merah, kami memantau keadaan sepanjang masa dan memberikan maklumat keselamatan sambil mengekalkan saluran komunikasi antara kerajaan, penghantar dan kapal,” menurut kementerian itu.
"Kami akan meneruskan usaha untuk mengekalkan kestabilan bekalan minyak mentah negara," tambahnya.
-- BERNAMA-YONHAP
Kata kunci
Berita terkini
- Bersatu Kekal Dalam PN, Guna Logo Pada PRN Johor Dan Negeri Sembilan - Muhyiddin
- Malaysia, Uzbekistan Teroka Peluang Perluas Kerjasama Dalam Sektor Strategik - PM
- Visa AS Pemain Bola Sepak Iran Tamat Tempoh Selepas Penampilan Pertama Piala Dunia
- TPM, Menteri Kabinet Seru Rakyat Hayati Semangat Hijrah
- PGA Rampas Arak, Anak Pokok Seludup Bernilai RM413,500