10/06/2026 10:59 AM
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang diniagakan meningkat.
Pada 9.34 pagi, kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing meningkat lapan mata kepada 1,677.0 dan 1,679.0, September 2026 naik 8.5 mata kepada 1,660.5 manakala Disember 2026 menokok 5.5 mata kepada 1,659.
Jumlah dagangan sebanyak 2,053 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,679 kontrak.
Pada 9.53 pagi, FBM KLCI melonjak 6.62 mata kepada 1,682.12 berbanding 1,675.5 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Tiga Pegawai Polis Bangladesh Dihukum Mati Kerana Membunuh Penunjuk Perasaan
- Sultan Pahang Seru Lebih Banyak IPT Tawar Biasiswa Kepada Pelajar Di Pulau Tioman
- Helang Merah Bernilai RM20,000 Antara Hidupan Liar Dirampas Di Tumpat
- Polis Tumpas Dua Pusat Operasi Pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026
- JKNP Nafi Dakwaan Unit Hemodialisis Hospital Bentong Ditutup