JKNP Nafi Dakwaan Unit Hemodialisis Hospital Bentong Ditutup
KUANTAN, 28 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penutupan Unit Hemodialisis Hospital Bentong.
Dalam kenyataan hari ini, JKNP memaklumkan unit berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan perkhidmatan rawatan kepada pesakit berjalan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan.
JKNP berkata pihaknya memahami kebimbangan masyarakat, khususnya pesakit serta waris yang bergantung kepada perkhidmatan rawatan hemodialisis.
“Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan maklumat yang tidak disahkan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, JKNP menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Hospital Bentong, JKNP atau Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Menurut kenyataan itu, JKNP komited memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Misi Bangunkan Johor Jaya: Calon PH Dan BN Tawar Formula Ekonomi, Infrastruktur
- Ibu, Anak Lelaki Didakwa Simpan Lembu Curi
- RUU SIP Dibentang Semula Di Dewan Rakyat, Timbang Denda Progresif Lebih Rendah
- Portal Rasmi KKM Ditutup Sementara
- Kadar Kepuasan Hati Rakyat Terhadap Perkhidmatan Awam Melaka Capai 91.94 Peratus