Anwar Ucap Tahniah Kepada Perdana Menteri India Atas Pencapaian Bersejarah
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, atas pencapaian bersejarah beliau sebagai ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di negara itu.
Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar berkata pencapaian itu mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan pengaruh India di pentas global.
"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Modi atas pencapaian bersejarah beliau sebagai Perdana Menteri India yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat,” kata Anwar.
Modi mula memegang jawatan Perdana Menteri India pada Mei 2014.
Anwar berkata Malaysia menghargai hubungan persahabatan erat telah sekian lama terjalin dengan India, serta menantikan kerjasama berterusan bagi memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas peluang yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
“Saya mendoakan Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran,” kata beliau.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Switzerland, Kanada Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia FIFA
- Bosnia Dan Herzegovina Tundukkan Qatar 3-1, Mara Ke Pusingan Seterusnya
- Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO
- Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Sentimen Pelabur Positif, Lonjakan FDI
- Pemegang Kad UNHCR Tidak Layak Miliki Lesen Memandu - JPJ Kelantan