Am 18/10/2026 08:46 PM

Pearly-Thinaah Tamatkan Penantian 18 Tahun Negara, Juarai Terbuka Denmark

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Pearly-Thinaah Tamatkan Penantian 18 Tahun Negara, Juarai Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pemain badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjuarai acara beregu wanita Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang straight set, 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit.

Untuk rekod, kali terakhir beregu wanita negara memenangi Terbuka Denmark adalah pada 2008 menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Kemenangan itu merupakan gelaran kedua Pearly Tan-M Thinaah selepas muncul juara pada Indonesia Masters awal tahun ini.

Malaysia berpeluang menambah satu lagi gelaran di Terbuka Denmark menerusi beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri di final.

-- BERNAMA