Am 18/10/2026 01:14 PM

JIM Mohon Bantuan Kesan Han Loong Foong

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
JIM Mohon Bantuan Kesan Han Loong Foong
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dalam kenyataan hari ini, JIM memaklumkan lelaki itu ialah Han Loong Foong yang berusia 57 tahun dan beralamat terakhir lelaki di G-38, Tingkat 1, Taman Sri Mawar, Senawang, Negeri Sembilan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dimohon menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Ella Fazlina Mat Misiah Cawangan Siasatan Khas (USK 5) Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya melalui talian 03-88803300 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” menurut JIM.

-- BERNAMA