Am 16/10/2026 08:28 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 merosot 18.5 mata kepada 1,599.5, kontrak November 2026 susut 19 mata kepada 1,601.0, dan kontrak Disember 2026 berkurang 18 mata kepada 1,606.50.

Kontrak Mac 2027 susut 19 mata kepada 1,592.00.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,830 lot daripada 6,725 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,020 kontrak daripada 45,597 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 15.94 mata atau 0.98 peratus kepada 1,607.76 berbanding 1,623.70 ketika ditutup pada Khamis. 

-- BERNAMA