Am 30/09/2026 11:48 AM

MidOcean Energy Milik EIG Akan Menyertai LNG Canada Fasa 2

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:

LONDON & WASHINGTON, 30 Sept (Bernama) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), sebuah syarikat gas asli cecair (“LNG”) yang ditubuhkan dan diurus oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam Fasa 2 LNG Canada menerusi kerjasamanya dengan PETRONAS, susulan Keputusan Pelaburan Muktamad (FID) oleh rakan kongsi usaha sama LNG Canada pada 29 September 2026.

Penyertaan MidOcean dalam Fasa 2 menyusuli penyempurnaan pemerolehannya pada Disember 2025 bagi kepentingan 20% dalam North Montney Upstream Joint Venture (“NMJV”), yang memegang pelaburan huluan PETRONAS di Kanada, serta kepentingan 20% dalam North Montney LNG Limited Partnership (“NMLLP”), yang memegang kepentingan penyertaan 25% PETRONAS dalam Projek LNG Canada.