Am 30/09/2026 10:21 AM

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Pada Rabu

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Pada 9.44 pagi, kontrak September 2026 naik 4.0 mata kepada 1,641.0, Oktober 2026 menambah 6.5 mata kepada 1,638.5, Disember 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,646.0 dan Mac 2027 menokok 3.0 mata kepada 1,629.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,664 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,896 kontrak.

Pada 9.53 pagi, FBM KLCI melonjak 9.21 mata kepada 1,653.17 daripada 1,643.96 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA