Am 08/09/2026 10:28 PM

TRC Synergy Raih Kontrak RM149.98 Juta Bagi Pusat Data Hiperskala

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
TRC Synergy Raih Kontrak RM149.98 Juta Bagi Pusat Data Hiperskala

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, TRC Construction Sdn Bhd, telah menerima surat anugerah daripada Gamuda Engineering hari ini.

“Kontrak itu bermula pada 14 Ogos 2026 dan dijadualkan siap pada 25 November 2026,” maklum syarikat berkenaan.

TRC Synergy menyatakan kontrak berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

Usaha itu sebaliknya dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan, pendapatan sesaham serta aset bersih sesaham syarikat sepanjang tempoh kontrak, maklum syarikat berkenaan.

-- BERNAMA