Am 13/08/2026 09:06 AM

Tujuh Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Tujuh Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini
Pemandangan sekitar Bandar Raya Kuching diselubungi jerebu ketika tinjauan fotoBernama, hari ini. Kualiti udara di kawasan Kuching, Samarahan dan Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari, dengan Kuching mencatatkan bacaan 139, Samarahan (140) dan Serian (162). --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding sembilan kawasan pagi semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Samarahan dan Serian dengan bacaan 183, Kuching (177), Sri Aman (159), Sarikei (158), Mukah (152) dan Sibu (152). 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA